Kek German Blackforest
BAHAN KEK
BAHAN A
300g tepung optima
300g telur
60g air
1 sudu besar vanilla
BAHAN B
60g minyak jagung/masak
Cara membuatnya
Pukul A sampai betul-betul kembang, gebu, pekat dan putih menggunakan mixer dengan speed tinggi dalam lebih kurang 20 minit
Bila telah kembang dan gebu perlahankan speed, masukkan minyak perlahan-lahan. Kacau sebati dalam 3 minit.
Masukan ke dalam Loyang 9 inci yang telah di sapu dengan butter dan diletakan kertas minyak.
Sebelum itu panaskan oven
Bakar pada suhu 170 degree selama 40minit (bergantung pada oven pembakar).
Nak tahu dah masak, cucuk dengan lidi pastikan tidak ada yang melekit pada lidi
Setelah kek masak , terus keluarkan dari loyang. Jangan biarkan kek sponge sejuk dalam loyang kerana kek akan mengecut.
MOUSSE
300g whipping cream ( non dairy)
150g dark chocolate - yang dicairkan menggunakan kaedah double boil
* cara: putar whipping cream sehingga kembang dan kental. kemudian masukan dark chocolate yang telah dicairkan
TOPPING
350g whipping cream ( non dairy)
100g dark chocolate - yang dicairkan menggunakan kaedah double boil
* cara: putar whipping cream sehingga kembang dan kental. kemudian masukan dark chocolate yang telah dicairkan
Cara-cara Menghias
- Potong kek kepada 3 bahagian, letak setiap lapisan kek lapisan atas papan kek.
- Sapukan mouses chocolate pada lapisan kek yang pertama.
- Selepas itu letakan pitted cherrie
- Untuk lapisan kedua, ulang proses yang sama setelah siap sapukan toping yang telah dibuat.
- Hias ikut kreativiti sendiri...
- Hiaskan dengan coklat parut. Selamat Mencuba
sumber resepi
No comments:
Write comments