Tuesday, April 19, 2016

Ayam Goreng Ranggup Ala KFC



Ayam Goreng Ranggup Ala KFC

Perap untuk sejam:

  • 1 ekor ayam potong
  • 7 ulas bawang putih tumbuk
  • 2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
  • 1 sudu serbuk kari ayam
  • secubit ajinamoto
  • secubit soda bikarbonat
  • garam 2 sudu teh
  • air sedikit nak bagi rempah senang serap

Bahan untuk tepung salut :
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
  • garam secukup rasa
  • secubit soda bikarbonat
  • 1biji telur

Cara-cara:

1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan

perap tadi.

2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.

3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam

bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut rata . .tidak mengotorkan tangankan?

4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam

tenggelam dalam minyak yang panas. Dalam 15 minit masaklah, hidangkan mengikut kreativi masing-masing ya





sumber

No comments:
Write comments