Tuesday, December 27, 2016

Cara Buat Telur Masin




Cara Buat Telur Masin
20 biji telur itik(cuci bersih)
1.5-2L air
1/2kg garam kasar


Cara
*masak air garam&sejukkan
*selepas sejuk,masukkan air garam tadi dalam balang berisi telur
*selepas 2 minggu boleh direbus


sumber

Saturday, May 21, 2016

Resepi Lemak Putih Pucuk Paku


Lemak Putih Pucuk Paku

Jika mahukan rasa masin berlemak, anda boleh menggantikan garam dan serbuk perasa dengan udang kering tumbuk

BAHAN-BAHAN:

●1 biji labu manis | dipotong kecil
●250gm pucuk manis
●2 paket tempe | dipotong panjang
●1kg santan
●100gm udang segar
●8 ulas bawang merah | ditumbuk
●3 ulas bawang putih | ditumbuk
●Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Masukkan santan, bahan tumbuk dan labu ke dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.

2. Kemudian masukkan pucuk manis, tempe diikuti udang yang telah dibersihkan. Kacau rata dan biarkan sehingga semua bahan masak.

3. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dengan secukupnya.

4. Angkat dan hidangkan.

sumber

Mee Sup dengan Sambal Soto ENAQ




Mee Sup dengan Sambal Soto ENAQ..


Mee Sup Daging

Bahan-bahan
1 kg daging (Dihiris kecil )
1 bungkus sup bunjut tulang
5 biji bawang merah )
3 ulas bawang putih ) dihiris
2 inci halia )
3 batang serai (diketuk)
1 sudu besar lada hitam kisar
Air secukup
Garam secukup rasa
1 batang lobak merah (dipotong kecil)
5 biji kentang (dipotong kecil)
Mee kuning (dicelur)
Daun sup (dihiris)

Cara Membuat
1. Masukkan semua bahan kecuali lobak merah, kentang, mee dan daun sup ke dalam periuk. Masakkan sehingga daging lembut.
2. Masukkan lobak merah dan kentang.
3. Masakkan lagi sehingga lobak merah dan kentang lembut.
4. Hidangkan dengan mee kuning, hirisan daun sup dan sambal soto  ENAQ.

sumber

Friday, May 6, 2016

Resepi Laksa Kuah Sardin


* Sardin tak perlu basuh..masukkan sekali dgn sos sardin.

sumber resepi

Resepi Ayam Goreng Ala KFC


Pernah tak rase happy bila kita cube masak bnyak kali hidangan tu tp xpernah menjadi . Ade ke kelebihan dan kekurangan dlm hidangan tu . Tp bila dah menjadi nak nangis pun ade . Hahahahaba .

Ni nak bagi tau stelah beberapa puluh kali cuba buat ayam "KFC" ni finally sy berjaya . Ya Allah smpai suami pun ckp standing ngan KFC real 😂😂😂😂 (over naw muji nye) . Tepung nya nipis dan rangup isi nya bila d gigit sngt2 juicy . rase perapan tu mengalir . Lepas buat ni amat2 rase nikmat puas hati tu . Lepas ni xpayah dah lah nak beli KFC kalaw kempunan . Buat kat rumah lebih untung n jimat !

** rasepi ayam ala2 KFC**

Tepung salut d sbalik kelembutan isi ayam yg berjus 😍😍😍 (lebih2 pulak caption ni😂😂)

Bahan2 perapan ayam ala KFC *cara sy perap*

*stengah ekor ayam

*bawang putih 5 ulas d tumbuk lumat

*chili flakes 4sdb(kalaw x suka pedas kurangkan)

*serbuk cili 3sdb

*serbuk kari 2 sdb

*lada hitam kisar 1 sdb

*garam 2 sudu kecil

*telur 2 biji

-bahan2 d atas campur kan dlm 1 bekas dan gaul kan . Telur d gaul lepas bahan2 lain sebati pd ayam. Perap semalaman-

Bahan salutan

*tepung gandum 1 cawan

*tepung jagung 1 cawan

*1 sudu kecil garam

*1 sudu kecil soda bikarbonat .

-campur kan semua bahan salutan -

-panas kan minyak goreng cara deep fried (pakai periuk jek jimat sikit)

-ayam yg dah d perap tu d salut kan dgn tepung smpai semua tempat kena (xperlu salut 2 kali)

-minyak dah panas goreng ayam2 tu . N rasai nikmat nye lepas siap ! Hehehe .

nota tangan: sy cube bnyak sngt cara nak buat ayam ala2 kfc ni . Termasuk pakai biskut hancur dan salut tepung 2 kali . Semua nye x menjadi mcm resepi ni huhu..

sumber resepi

Tuesday, April 19, 2016

Resepi Choc Indulgence



Resepi Choc Indulgence

KEK (Dpt 4bekas spt dlm gmbr)
2cwn tpg kek
1cwn serbuk koko
1cwn air panas
1cwn susu pekat
1cwn gula halus
1cwn myk masak
2bj telor
1 sdt serbuk penaik
1 sdt soda bikarbonat
Pukul telor + myk + susu+ gula hingga sebati. Masukkan tepung.y dah diayak bersama srbuk penaik & soda bikarbonat. Dlm bekas lain bancuh serbuk koko+air panas. Masukkan dlm adunan tepung, kacau sebati. Bahagi 4 bekas, kukus hingga masak.
DARK & WHITE CHOC FILLING
dark & whitr choc compound
150 gm butter
70gm gula halus
2bj kuning telor
250 fresh cream

Mulakan dgn dark choc filling dulu, lepastu br buat white choc filling pulak...buat 1 1
cairkan coklat kaedah double boiler. Putar fresh cream hingga kembang. Dlm bekas lain putar butter+gula+telur kuning hingga kembang. Last, masukkan fresh krim dan coklat y dicairkan. Simpan dlm peti aiss, sy buat sehari awal.

GANACHE COKLAT
300gm dark choc compound
300gm fresh cream
25gm butter
Cairkan choc kaedah double boiler
Dah cair masukkan fresh cream & butter. Gaul sebati.

STEP UTK MELAPIS..
potong kek 2 bahagian, jadikan 2 lapis...
Kek
White choc filling
Kek
Dark choc filling
Choc ganache
Parutan white/dark choc
Simpan dlm peti ais, sedap dimakan sejuk,

sumber

Resepi & Cara Membuat Sandwich Telur Dan Sardin










Telur
utk telur parutkan 10biji telur rebus gaul dengan 4-5sudu besar mayonis dan lada sulah secukupnya.
*utk sukatan ni dpt +-30pcs

Sardin
utk sardin gaulkan 1tin besar sardin (buang separuh sos nya)dengan 2biji bawang besar dipotong halus,cili kalau mau pedas atau gantikan dgn lada sulah,4-5audu besar mayonis dan sedikit garam. utk sukatan ni dpt +- 30pcs. saya guna sardin cap tesco tin besar rm2.89 atau cap sari pati tin besar rm3.2 atau cap AAA rn3.20 jugak.

utk roti saya guna gardenia big bonanza 24keping rm3.35 so kepitkan 3 bahagi dua pcs so dpt 16pcs jual rm1 jelas x? bole jugak jual ke tokey 80sen then tokey amik komisen 20sen jual kt pengguna rm1 jgk hehehhehe . masih untung. niat utk bg anak2 sekolah makan depa berjuang tuntut ilmu dpt jgk pahala kita insyaAllah.

saya kepitkan 3keping roti gardenia sapu marjerin dulu( selain memberi rasa marjerin bole jd pelindung roti dr basah kena inti) kemudian letak inti kemudian potong dua saya jual rm1/pc.

Anda bole tambah aksesori mcm slice timun atau parutan carrot atau daun salad atau slice tomato utk mkn sendiri. saya x letak sebab nk jual rm1 lagipun buat malam simpan peti esok pg br jual takut berair xtahan smp petang sekolah dua sesi.

Resepi Asal Sumbangan  Siti Salwa

Tempoyak Daun Kayu






Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~~~~~~~
  • secekak pucuk ubi
  • daun kaduk
  • 5 helai daun kunyit
  • 5 btg serai
  • pucuk labu
  • petai
  • 1 kpg asam gelugor
  • 1 mangkuk santan
  • 1 mangkuk kecil tempoyak
  • 30 biji cili padi
  • seketul kecil kunyit hidup
  • segenggam ikan bilis/udang kecil




Cara Penyediaan
  • blend cili api dan kunyit hidup.
  • masukkan dlm kuali bersama dgn tempoyak-santan dan bilis/udang yg ditumbuk hancur sedikit.
  • biarkan mendidih.
  • masukkan asam gelugor.
  • masukkan garam gula sedikit.
  • masukkan petai dan hirisan serai
  • masukkan daun2 dan yg telah dihiris halus
  • kacau masak sebati.
sumber

Ayam Goreng Ranggup Ala KFC



Ayam Goreng Ranggup Ala KFC

Perap untuk sejam:
  • 1 ekor ayam potong
  • 7 ulas bawang putih tumbuk
  • 2 sudu besar serbuk cili (kalau nak lagi pedas boleh tambah 2 sudu lagi)
  • 1 sudu serbuk kari ayam
  • secubit ajinamoto
  • secubit soda bikarbonat
  • garam 2 sudu teh
  • air sedikit nak bagi rempah senang serap

Bahan untuk tepung salut :
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu serbuk cili (atas citarasa masing-masing)
  • garam secukup rasa
  • secubit soda bikarbonat
  • 1biji telur

Cara-cara:

1. Perap ayam 1 jam dengan bahan-bahan

perap tadi.

2. Selepas itu pukul telur ,golek ayam dalam telur, supaya senang tepung nak lekat pada ayam.

3. Selepas itu letak tepung dan bahan-bahan lain dalam

bekas yang ada penutup goncang-goncang bagi sebati, letak ayam yang dah dsalut telur tadi dalam bekas tu,tutup bekas, kemudian goncang bagi tepung salut rata . .tidak mengotorkan tangankan?

4. Langkah terakhir goreng ayam dalam periuk, biar ayam

tenggelam dalam minyak yang panas. Dalam 15 minit masaklah, hidangkan mengikut kreativi masing-masing ya





sumber

Resepi Dan Cara Buat Roti Susu







Roti Asas
1 Cawan air suam
1 Peket yis
4 Sudu gula
2 Sudu susu pekat
2 sudu planta
3 1/2 cawan tepung
1 biji telur

Cara Penyedianya
1. Campurkan yis dan air , biarkan yis rehat dan berbuih
2. Telur dipukul sedikit
3. Campurkan susu pekat, gula , planta dan telur ke dalam bekas berisi tepung. kacau sebati
4. Curah bancuhan yis sedikit-sedikit ke dalam tepung tadi ( Ikut pada keperluan tepung, ada masa tak perlu guna kesemua air bancuhan yis tadi. Asalkan uli menjadi doh yang lembut dan tidak melekat ditangan dah ok)
5. Rehatkan dalam sejam atau sehingga doh kembang 2 kali ganda.
6. Kemudian tumbuk2 doh yang sudah kembang tadi dan uli hingga cantik licin
7. Boleh lah dibentuk dan diletakkan dalam bekas
8. Rehatkan doh sekali lagi. Biar naik 2 kali ganda
9. Bakar menggunakan api atas dan bawah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak dengan suhu 150c
10. Keluarkan dan sejukkan atas redai, kemudian sapu permukaan roti dengan marjerin sewaktu roti masih panas.

sumber

Resepi KeK Cheese Pandan

Tuesday, April 12, 2016

Kek Marble Susu


KEK MARBLE SUSU
.
BAHAN-BAHAN:

3 biji telur
1 cawan majerin
1 cawan gula castur/gula halus
2 cawan tepung gandum (kalau guna tepung naik sendiri tak perlu guna baking powder)
1 sudu makan baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Perwarna ikut suka
.
CARA PENYEDIAAN:

1. Pukul majerin bersama gula sampai kembang.
2. Kemudian masukkan telur satu persatu.
3. Pukul lagi adunan sehingga kembang.
4. Masukkan esen vanila dan susu pekat kacau ratadan sebati.
5. Masukkan tepung yg dah diayak bersama baking powder (kaup balik jer)
6. Bahagikan pada 2 atau 3 bahagian dan bubuh warna ikut suka hati .
7. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu majerin dan di alas kertas.
8. Tuangkan satu persatu warna mengikut citarasa.
9. Bakar selama 40 minit dengan suhu 160 darjah atau sehingga masak

sumber resepi 

Cup Cake Coklat


Cup Cake Coklat

Bahan-bahan
Bahan A;
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicarbonate
bahan-bahan ini diayak terlebih dahulu.

Bahan B;
4 biji telur
2 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
1 1/2 cawan air panas

Cara-cara menyediakannya
  • pukul telur bersama gula halus sehingga kembang,
  • kemudian masukkan susu pekat dan pukul sekejap. 
  • Masukkan minyak dan pukul lagi dengan menggunakan low speed.
  • Selepas itu masukkan bahan A sedikit demi sedikit, kacau sehingga sebati...
  • masukkan air panas yang telah disediakan tadi. 
  • Akhir sekali sediakan kertas cupcake..masukkan adunan itu tadi dan bakar dalam suhu 180 c selama 15 minit.
sumber resepi

Cara Kek German Blackforest


Kek German Blackforest

BAHAN KEK

BAHAN A

300g tepung optima
300g telur
60g air
1 sudu besar vanilla

BAHAN B

60g minyak jagung/masak

Cara membuatnya

Pukul A sampai betul-betul kembang, gebu, pekat dan putih menggunakan mixer dengan speed tinggi dalam lebih kurang 20 minit

Bila telah kembang dan gebu perlahankan speed, masukkan minyak perlahan-lahan. Kacau sebati dalam 3 minit.

Masukan ke dalam Loyang 9 inci yang telah di sapu dengan butter dan diletakan kertas minyak.

Sebelum itu panaskan oven

Bakar pada suhu 170 degree selama 40minit (bergantung pada oven pembakar).

Nak tahu dah masak, cucuk dengan lidi pastikan tidak ada yang melekit pada lidi

Setelah kek masak , terus keluarkan dari loyang. Jangan biarkan kek sponge sejuk dalam loyang kerana kek akan mengecut.

MOUSSE

300g whipping cream ( non dairy)
150g dark chocolate - yang dicairkan menggunakan kaedah double boil
* cara: putar whipping cream sehingga kembang dan kental. kemudian masukan dark chocolate yang telah dicairkan

TOPPING

350g whipping cream ( non dairy)
100g dark chocolate - yang dicairkan menggunakan kaedah double boil
* cara: putar whipping cream sehingga kembang dan kental. kemudian masukan dark chocolate yang telah dicairkan

Cara-cara Menghias

  • Potong kek kepada 3 bahagian, letak setiap lapisan kek lapisan atas papan kek.
  • Sapukan mouses chocolate pada lapisan kek yang pertama.
  • Selepas itu letakan pitted cherrie
  • Untuk lapisan kedua, ulang proses yang sama setelah siap sapukan toping yang telah dibuat.
  • Hias ikut kreativiti sendiri...
  • Hiaskan dengan coklat parut. Selamat Mencuba

sumber resepi

Kek Lapis Kukus Cream Cheese



Kek Lapis Kukus Cream Cheese

Bahan A

250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
1 sudu besar air
1 sudu besar tpng gandum

Cara-cara :

Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati.

Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum. Pukul lagi hingga licin dan tidak berketul. Ketepikan.

Bahan Kek

2 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan air panas didih
1/2 cawan susu segar / cair
1/2 cawan minyak jagung / masak
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar sebuk koko
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder

Loyang 8x8x3 (di alas dasar dan di gris)

Cara-cara :

1. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan baking soda. Ketepikan.

2. Pukul telur bersama gula sehingga kembang. Kemudian masukkan vanilla dan garam.

3. Masukkan air panas, susu dan minyak.

4. Setelah itu masukkan bahan yang diayak dan gaul sebati.

5. Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.

6. Tuang 1 bahagian adunan coklat, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit dengan api sederhana hingga masak.

7. Kemudian tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 15 minit.

8. Akhir sekali tuang adunan coklat selebihnya, tutup dengan aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.

9. Sejukkan dahulu sebelum di potong dan di hidangkan.

** untuk membuat 2 lapisan cream cheese, gandakan sukatannya.

** untuk membuat corak, ketepikan 2-3 sudu besar adunan cream cheese dan campurkan dengan 1 sudu kecil coklat emulco, masukkan ke dalam piping bag dan pipe mengikut corak yang di sukai

sumber resepi

Cara Buat Kek Butter

Kek Butter

Bahan-Bahan
  • 250gm btter
  • 250gm tepung naik sendiri
  • 180gm gula kastor
  • 4 biji telur
  • 1/2cwn susu segar
Cara-Cara
  • pukul btter&gla spai kembang(warna putih)
  • msuk telur satu persatu di selang seli dgn tepung.....sebatinkan....msukan susu segar gaul rata...bakar
p/s sgt lembut....selamat mencuba....dipersilakan share bagi yg sudi



sumber resepi

Kek Kukus Coklat Cheese


Kek Kukus Coklat Cheese

Bahan-bahan

BAHAN A :
1 cawan koko*
1 cawan gula halus*
1 cawan susu cair*
1 cawan minyak jagung (minyak masak leh gak)*
1/2 cawan susu pekat*

BAHAN B :
3 biji telur gred A

BAHAN C :
1 cawan tepung naik sendiri (blue key)
BAHAN UTK CHEESE :
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
25 ml air biasa
25 gm tepung gandum
1 biji telur

Caranya:

1. Cara Menyediakan Kek Coklat :
2. Satukan bahan A dalam periuk dan panaskan atas api perlahan dan kacau supaya x bergentel sampai sebati.. ketepikan
3. Pukul bahan B sampai kembang n masukkan dlm bahan A dan pukul sebati kemudian masukkan bahan C dan kacau ngan whisk sampai sebati
4. Cara Menyediakan Cheese :
5. Pukul semua bahan kecuali telur sampai kembang serta masukkan telur pukul lagi
6. Panaskan air kukusan dan kukus berselang seli mula2 coklat kukus sampai masak selama 20-25 minit kemudian masukkan cheese kukus selama 30 minit sampai masak dan akhir sekali masukkan coklat lalu kukus sampai masak selama 30 minit.

sumber resepi

Kek Lapis Keju Brownies



 Kek Lapis Keju Brownies

250gm mentega
Tpg brownies 500 gm(ada jual kat bakery)
5 biji telur
100gm susu segar
Bahan lapis keju
creem Cheese 500gm
Gula halus 100gm
2 biji telur

Cara1.Pukul mentega sampai kbang,msuk telur satu persatu.Lepas tu msuk tpg brownie.Bila sebati masuk susu segar.Pkul sebati.Kmudian dbahagi kpd 2 bahagian.

Cara.Pukul telur dgn gula sampai kbang.Masukan creem Cheese.Pukul kbang.Kmudian bahagi 2.
Kukus adunan pertama dahulu(adunan bronies)Bila masak lapiskan dgn adunan chees.Buat selang seli sampai habis.


sumber resepi

Cara Buat Cheese Cake



Cheese Cake

Bahan-bahan ( 18 cm )

250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula

Cara-cara

Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream

Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit

Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.

Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap

sumber resepi

Kek Ombak Beralun



 Kek Ombak Beralun

Bahan - bahan :

2 cawan tepung gandum (diayak)
1/2 cawan nestum kisar
1 sk baking powder (diayak bersama tepung)
6 biji telur gred A (sejuk)
170-180 g gula halus
3/4 cawan mentega cair (sy menggunakan SCS)
170 ml susu cair
1 sb ovallete
1/2 sk garam
2 sk esen vanilla
2 sudu besar serikaya
pewarna ungu, hijau, pink dan coklat (atau ikut warna pilihan)
Secukup serbuk koko

Cara-cara :

1.Panaskan kukusan. Loyang dialas kertas dan digris sekeliling.

2.Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan pewarna dan pukul hingga kembang.

3.Masukkan mentega cair dan kaup-balikkan adunan hingga rata.

4.Bahagikan adunan kpd 5 bahagian. Lebihkan adunan ke 5. Warnakan ungu, hijau, pink dan coklat. Manakala adunan yang ke 5 dibiarkan kosong dan dibahagi menjadi dua adunan.

5.Ratakan adunan kosong di dalam loyang. Ayak serbuk koko di atasnya sehingga menutupi ruang.

6.Tindihkan adunan berwarna pink di atas koko tadi. Ratakan dengan kemas dan jangan sampai jadi comot. Gunakan sudu untuk membuat tompokan dan kemudian diratakan.

7.Ayakkan pula serbuk koko di atasnya. Ulangi proses hingga habis serta diakhiri dengan lapisan kosong(tidak perlu ditaburkan koko).

8.Tutup loyang kemas-kemas dengan kertas foil. Kukuslah selama 50 minit.

Setelah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dihiaskan dengan topping (jika suka).

sumber

Cara Buat Kek Pandan Kelapa


Kek Pandan Kelapa

Bahan-bahan :

125 gm mentega
140 gm gula kastor
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 biji telur gred A
1/2 cawan susu segar
1 sudu besar pes pandan
1 sudu kecil esen vanila
1/2 cawan kelapa kering

Cara-Cara

Dengan menggunakan mixer, pukul mentega + gula kastor sampai kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi.

Masukkan esen vanila dan pes pandan. Pukul bancuhan dan masukkan 2 sudu makan tepung berselang seli dengan susu segar ke dalam bancuhan sambil bancuhan dipukul. Buat proses ini hingga tepung dan susu habis.

Tutup mixer. Dengan menggunakan senduk atau spatula, masukkan kelapa kering kedalam bancuhan. Kacau sedikit.

Masukkan bancuhan tadi kedalam bekas yang dilapik dengan kertas minyak dan bakar dengan suhu 345F selama 45-50minit.

Cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menguji samaada kek betul-betul masak.

Selamat Mencuba



sumber respi

Cara Buat Kek Batik

KEK BATIK

Bahan-Bahannya:-
  • - 250g Biskut Marie (warna cream)
  • - 150g buttercup
  • - 1 cawan Milo
  • - 6 sudu serbok koko
  • - 4 biji telur
  • - 1/2 tin susu pekat manis
  • - 1 cawan air kosong

Langkah demi langkah saya ajarkan untuk memudahkan anda buat segera.
  1. Patah-Patahkan Biskut Marie.
  2. .Masukkan milo, serbuk koko, telur, susu, air ke dalam kuali dan gunakan api sederhana.
  3. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan buttercup.
  4. Gaul hingga pekat dan sekata, kemudian padamkan api.
  5. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul.
  6. .Mampatkan adunan yang telah siap digaul tadi ke dalam satu bekas.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk, dan sedia untuk dimakan.
.
Selamat Mencuba.

sumber resepi

Cara Buat Puding Tiramisu


Cara Buat Puding Tiramisu


Bahan-Bahan
  • Susu cair - 3 tin
  • Susu pekat - 1tin
  • Tepung kastard - 12 sudu mkn
  • Air - 1 cawan
  • Secubit garam
  • Biskut cream cracker - 1 peket
  • Serbuk koko/ milo
  • Coklat rise
  • Buah-Bauahan utk hiasan.
Cara Menyedikannya.
  • Satukn semua susu cair n tepung kastard dlm periuk...kacau bg rata dlu..
  • Masukkn susu pekat..rasa nk manis abiskn 1 tin..cmpur air n kacau.
  • Tabur secubit garam...baru ltak atas dpur.. Gna api yg perlahan..
  • Masak smpai bancuhan tu jd likat....Dh msak.
  • Hancurkn biskut ltak dlm bekas / loyang..siram bancuhan td..bg meresap dlm biskut..tabur serbuk milo... Ulang blik jd 2 lapisan.
  • Lapisan atas sekali bole la hiaskn buah ikut selera masing2..
  • Dah siap. Letak dalam peti ais..

sumber resepi

Cara Buat Chocolate Indulgence Cake

Cara Buat Chocolate Indulgence Cake
Bahan-Bahan Kek
  • 2 cwn gula
  • 1 3/4 cwn tepung
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 biji telur
  • 1 cwn susu cair
  • 1/2 cwn minyak
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1 cawan air
Cara-Cara Menyediakannya
  1. Campurkan bahan kering,gaul sebati.
  2. Putar telur dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan susu,air,minyak dan esen vanilla,putar sebati.
  4. Masukkan bahan kering tadi gaul sebati.
  5. Alas loyang dengan kertas minyak.
  6. Sediakan 4 loyang dan tuang adunan sama banyak.
  7. Bakar 170'c selama 20 minit setiap loyang.( ikut oven msng2 )
  8. Biarkan 10 minit sejuk baru keluarkan dari loyang.

Bahan Mousse Putih
  • 1 sudu teh gelatin
  • 1 sudu besar air panas
  • 1 cwn coklat putih
  • 1 1/2 cwn whipping cream

Cara
  1. Larutkan gelatin bersama air panas,biarkan 5 minit.
  2. Cairkan coklat cara double boiler.
  3. Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
  4. Putar whipping cream hingga lembut.
  5. Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.
Bahan Black Mousse
  • 1 sudu teh gelatin
  • 1 sudu besar air panas
  • 1 cwn coklat
  • 1 1/2 cwn whipping cream

Cara
  1. Larutkan gelatin bersama air,biarkan 5 minit.
  2. Cairkan coklat cara double boiler.
  3. Campurkan coklat dan gelatin,gaul sebati.
  4. Putar whipping cream hingga lembut.
  5. Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Bahan Coklat Ganache
  • 1 cwn coklat masakan
  • 1 cwn whipping cream
Cara
  1. Cairkan coklat cara double boiler.
  2. Putar whipping cream hingga lembut.
  3. Tuang coklat dalam whipping cream,gaul sebati.

Cara Melapis
  1. Ambil 1 keping kek tuang sedikit white mousse,ratakan.
  2. Ambil 1 keping kek lagi tuang pula black mousse,ratakan.
  3. Ulang langkah yg same hingga siap.
  4. Bila dah siap tuang black mousse pada seluruh badan kek.
  5. Akhir sekali curah coklat ganache pada seluruh badan kek.
  6. Simpan dalam peti sejuk 15 minit.
sumber respi & gambar

Resepi & Cara Buat Kuih Lopes


Resepi & Cara Buat Kuih Lopes sumber respi

Cara Buat Cekodok Pisang


Cekodok Pisang

Bahan-bahannya

  • 10 biji pisang
  • gula . secukup nya
  • garam
  • 1 sudu besar soda bikarbonat
  • air dlm 5ooml....atau secukupnya..
  • 1kg tepung gandum
  • minyak untuk menggoreng
Cara-Cara Meyediakannya

  • buang kulit pisang...kisar..satu kan dengan tepung gandum, gula, garam dan soda...
  • tambah kan air.sedikit demi sedikit..
  • simpan sekejap..dalam 30 minit
  • panas kan sekilo minyak...sederhana kan api..
  • goreng lah cucur anda. .nak jemput guna tangan pun boleh..guna sudu pun boleh.
 sumber respi

Cucur Ubi Kayu Manis


Cucur Ubi Kayu Manis

Bahan-bahan
  • ubi kayu-direbus hingga empuk dan dilenyek sedikit
  • kelapa parut
  • gula
  • secubit garam
  • >epung beras
  • air kapur
Cara-cara Membuatnya
  1. Ubi kayu yg dilennyek tadi, digaul dengan kelapa parut, gula dan sedikit garam. Ambil sedikit dan kepal-kepal jadi bentuk bola
  2. Bancuh tepung beras dengan sedikit air dan garam. Boleh tambah air kapur (sama macam nk buat butter untuk pisang goreng)
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Ambil sebiji bola tadi, dan celup ke dalam tepung. Goreng hingga keperangan, dan bolehlah diangkat....
sumber resepi

Cara Buat Kuih Peneram

 
Cara Buat Kuih Peneram (Telinga Keling)

Bahan-bahan
  • 250 g tepung beras
  • 250 g tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan air
  • 1 1/2 cawan gula apong (gula melaka)
  • Minyak yang banyak utk menggoreng
  • Sedikit garam

Cara-cara Membuatnya
  • Ayak tepung gandum dan tepung beras bersama.Masukkan gula pasir dan gaulkan.
  • Larutkan gula apong dan garam dengan air.Masukkan ke dalam adunan tepung.Adunkan.Biarkan 30 minit.
  • Panaskan minyak dengan api yang kecil.Canai adunan tepung dan terapkan bentuk kuih peneram (acuan ada jual). Goreng hingga timbul dan sentiasa balik-balikkan utk masak sekata.
  • NOTE : kalau masa nak menerap tu adunan melekat, taburkan sedikit tepung gandum pada tempat mencanai, acuan dan tangan.
sumber resepi

Resepi Apam Manis India Style

Resepi Apam Manis India Style Bahan-Bahan

  • 3 cwn beras - cuci bersih )
  • 4 1/2 genggam nasi baru masak - sejukkan dulu) rendam selama 6 jam
  • 1 1/2 genggam sagu biji )
  • 4 1/2 camb tepung beras
  • 750ml air
  • 3 camt yis kering - bancuh dengan sedikit air
  • 350ml santan (RM1.00 @ 1/2 bj kelapa parut-ambil santan)
  • 1 1/2 cwn gula (ikut rasa)
  • Garam
  • 1 bj telur - pukul
Cara membuatnya

  1. Rendaman beras tadi hendaklah ditapis dan masukkan air serta tepung beras. Kemudian kisar halus dan ditapis(jangan guna penapis santan, boleh juga guna pengayak tepung sebab nakkan tepung yg sehalusnya) ke dalam besen besar.
  2. Masukkan yis, kacau rata dan peram lagi. Tutup dengan tudung periuk.
  3. 3. ESOK PAGI masukkan santan, gula, garam dan telur. Kacau sebati. Adunan agak pekat spt roti jala.
  4. Biarkan 1/2 jam.
  5. Panaskan kuali (seeloknya guna kuali non-stick atau kuali yg selalu guna dan dah tak melekat lagi. Sapu sedikit minyak (macam buat kuih ketayap), bubuh sesenduk adunan dan lenggang sedikit je. Tutup dengan tudung periuk. Dengan sendirinya kelihatan gelembung di tengah-tengahnya.
  6. Apabila di bahagian tepinya garing, bolehlah diangkat.

sumber respi

Cara Buat Masala Vadei

Cara Membuat Masala Vadei

BAHAN-BAHAN

250 gm. kacang dal (pilih Dal Austarlia kerana ia lebih lemak dan kurang bau. Nak kenalnya, ia lebih bersaiz besar dari kacang Dal dari India yang bersaiz kecil dan leper). Basuh dan Rendam selama 4 jam atau lebih.

Selepas tempoh rendam, kisar sedikit dan toskan dalam penapis. Nota: sebelum kisar keseluruhan kacang dal , ambi dua sudu besar (tbsp) dan simpan.

  • 2 tangkai cili kering dihiris halus.
  • 1 labu bawang sedang dipotong dadu halus atau boleh hiris halus.
  • 1 sudu kecil (tsp) biJI jintan manis.
  • 6-8 helai daun kari dicincang.
  • 1/2 sudu kecil garam masala (tak kemestian kalau ada gunakan).
  • 1/2 inci halia dicincang halus.
  • Garam secukup rasa mula dari 1/2 sudu kecil (tsp)
  • Minyak untuk goreng.
CARA-CARA:
1. Masukkan kacang dal yang telah rendam itu dalam mesin kisar(blender). Kisar kacang dal di tambah air sedikit demi sedikt semasa kisaran. Biar hasil kisaran anda halus sedikit. Asingkan hasil kisaran dalam satu bekas penapis untuk tos airnya.

2. Bila hasil tos anda agak dintara kering dan basah, masukkan daun kari, bawang , biji jintan manis, hirisan cili kering dan garam masala, halia cincang dan garam dalam sebuah bekas. Gaul rata secara ambil setapak tangan hasil kisaran tepukan kepada hasil kisaran yang terdapat dalam bekas. Ia sebenarnya cara masukkan udara dalam adunan bagi hasil vadei anda gebu dan lembut. Kalu anda buat tosei juga perlubuat cara ini dengan memukul tepung tosei itu. Masukkan kacang dal yang telah diasingkan tanpa kisar. Adunkan sama rata

3. Ambil hasil pes campuran dan jadikan bulat dan leperkan di atas tapak tangan anda. Tentukan guna sarung tangan plastik dan basah sedkit dengan permukaan sarung tangan anda supaya pes kisaran tidak melekat di tapak tangan anda. Anda juga boleh lakukan dengan daun pisang. Nota: Kalau anda tidak berpengalaman atau mahi, gunakan sudip yang telah rendam minyak dalam kuali. Letakan sudip ditepi gerigi minyak tolak masuk adunan itu dalam minyak panas dengan bantuan sudip satu lagi atau sudu).

 4. Panaskan dan tentukan minyak gorengan boleh tengelami “vadeh” yang akan gorengan. Dalam gorengan vadei ini minyak perlu cukup panas sebelum mulakan gorengan. Mulakan gorengan dengan api dapur yang sederhana. Kalau minyak tak cukup panas vadei anda akan bertaburan dalam minyak. Kalau api dapur atau minyak terlalu panas anda boleh kecil apai dapaur untuk vadei masak sempurna.

5. Jangan goreng terlalu banyak kuanti dalam kuali kerana Ia akan menurunkan suhu minyak gorengan. Goreng 4 atau lima, dan tentukan ia tidak bertindeh di antara satu sama lain. Suhu minyak perlu dijaga sentiasa jika tidak vadey anda bertabur dalam kuali atau pun hangus sebelum masak. Masa gorengan selalunya 5-6 minit vadey anda cukup masak dan garing. Vadei yang masak biasanya akan terapong naik ke atas.

sumber respi & gambar