Saturday, October 14, 2017

Bihun sup utara cabai merah.

*Rendam 1 paket bihun dengan serbuk kunyit *Dah bertukar warna rebus sampai lembut kemudian tapis. *Resepi kuah *Bawang besar 2 biji,halia 2 inci,bawang putih 5 biji,1 genggam lada hitam.(Belender semua bahan-bahan ni) *Panaskan minyak tumis bahan-bahan tadi sehingga naik bau.Kemudian masukkan air (agak-agak sahaja)kacau sampai sebati kemudian masukkan rempah sup adabi agak-agak sahaja. *Dah sebati masukkan 1kg daging,saya campur tulang,daging dan perut.Masak sehingga daging tadi lembut.Kemudian masukkan garam,gula dan chicken stock 2 cube sahaja.Dah cukup rasa,boleh mskkan kayu manis 1batang,bunga lawang dan buah pelaga.Rasa semua dah cukup rasa blh tutup api. *Resepi cabai merah *Setengah paket cili boh,tumis sahaja cili boh tu.Dah naik bau masukkan gula merah dan garam. *Belender 1 biji besar bawang merah masukkan dalam cabai tadi tumis sehingga masak.Dah masak masukkan 3 sudu besar sos cili kacau sehingga sebati tutup api. *Bahan hiasan *Daun sup,bawang goreng dan lobak masin. sumber

Tuesday, May 30, 2017

Resepi Sambal Udang

Resepi Sambal Udang ini disediakan oleh  Lady Boss.

 Bahan-Bahan

- UDANG ( lumurkan sedikit kunyit )

* BAWANG KECIL ( 6 Biji )
* HALIA ( 1 INCI )
* BAWANG PUTIH ( 4 Ulas )
  • BLEND bahan-bahan yang bertanda*
- CILI KERING (4 SUDU BESAR) ikut kepedasan
- TOMATO ( 1BIJI )
- AIR ( SEDIKIT )
- DAUN KARI ( 2TANGKAI )
- BAWANG HOLLAND ( 1 / 2 HIRIS )

Cara-Cara Penyedian
🌟Goreng kepala udang sehingga naik bau. ( Keluarkan )
🌟Kemudian, Goreng Udang separuh masak. ( Keluarkan )
🌟Minyak lebihan tadi, goreng bahan kisar & daun kari sehingga naik bau.
🌟Masukkan, cili paste kacau sehingga pecah minyak. (api sederhana, biar kacau lama baru sambal sedap)
🌟Kemudian masukkan, tomato bersama sedikit air, kacau sampai tomato masak. (air tu agak2 dalam 4-5 sudu just nak lembukkan tomato)
🌟Garam & Gula secukup rasa.
🌟Masukkan, bawang Holland & udang, kacau sebati sehingga udang masak sepenuhnya. Siap 😊

Note:
- Tomato boleh ganti dgn air asam jawa.

Sumber Resepi Sambal Udang

Sunday, February 19, 2017

Resepi Salad Rice Paper



Resepi Salad Rice Paper

Bahan-Bahannya

  • Rice paper
  • Sengkuang,
  • Carrot (lobak merah) 
  • Timun Jepun dipotong memanjang
  • Udang dan Ketam stick
  • Daun Salad
Cara Penyediaan
  1. Udang dan ketam stick dicelur.
  2. Daun Salad  dikopek dan rendam dalam air garam.
  3. Ambil sehelai rice paper dicelup daalm air biasa (sekejap sahaja)
  4. Kemudian bentang dan aturkan semua bahan-bahan tersebut di atas rice paper dan gulung kemas-kemas.
  5. Siap dan bolehlah dimakan dengan sos thai.
Resepi Asal


Resepi Kuih Talam Tokyo



Resepi Kuih talam Tokyo.

Ramuan Bahagian Bawah

1 cawan sagu rendam sekejap
1 paket kecil suun (pun rendam jugak dan gunting sikit)
1 cawan kelapa putih
1 kotak kecil santan kara
1/2 cawan air
1/2 sudu besar garam (bawah ni kena masin sikit)

Gaul semua

Ramuan Bahagian Atas

20 ke 25 helai daun pandan di blender dengan 2 1/2 cawan santan dan perah atau tapis
(Boleh juga guna 2 kotak kecil santan kara tambah air 1 cawan)

4 biji telur
1 cawan gula
6 sudu besar tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard

Blend lagi skali

Kukus ramuan bahgaian bawah dahulu dalam 10 ke 15 minit...kemuadian baru kukus  yang atas...berapa lama tu ikut jenis kukus masing. Kalau buat tebal kena lama sikit

Kuih kukus ni kena tuggu sejuk betul-betul baru keluarkan dari loyang...kalau tak nanti dia pecah..loyang tu lumur minyak...supaya senang nak keluarkan nanti..

Resepi Asal dari Siti Fatimah

Thursday, February 2, 2017

Resepi Cucur Udang



Resepi Cucur udang (10 biji saiz besar)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/3 cawan air suam
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil gula
  • Segenggam udang geragau
  • Sedikit garam/secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil Baking powder
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning/kunyit serbuk
  • Bawang hiris
  • Daun kucai
  • Tauge
  • 10-12 ekor Udang... dibersihkan dan dikeringkan dgn tisu
# pastikan senduk sentiasa dalam minyak panas

Cara Penyediaan
  1. Campur semua bahan di atas kecuali sayur-sayur.
  2. Perap setengah jam/sejam
  3. Tambah Sayur dan kacau hingga sebati
  4. Panaskan minyak dan masukkan senduk dalam minyak panas
  5. Angkat senduk dan masukkan adunan dan letak udang serta masukkan semula dalam minyak panas...
  6. Biarkan sekejap n goyang2 senduk n cucur akan terkeluar sendiri senduk
  7. Goreng sehingga warna keperangan/coklat
  8. Boleh dicicah dengan sos Thai
sumber Resepi Cucur Udang

Resepi Siput Sedut Pucuk Paku


Resepi Siput Sedut Pucuk Paku
  • Bahan-Bahan
  • Cili Padi
  • Santan Pekat
  • Kunyit Hidup
  • Garam
  • Gula
  • Asam keping
  • Pucuk paku seikat
Cara Penyediaan.
  • Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup.
  • Didihkan air dan masukkan siput sedut beserta cili padi yang telah ditumbuk.
  • Tunggu sehingga menggelegak kemudian masukkan santan.
  • Kemudian masukkan asam keping,pucuk paku dan garam secukup rasa.
  • Siap untuk dihidangkan. 
resepi asal