Sunday, February 19, 2017

Resepi Salad Rice Paper



Resepi Salad Rice Paper

Bahan-Bahannya

  • Rice paper
  • Sengkuang,
  • Carrot (lobak merah) 
  • Timun Jepun dipotong memanjang
  • Udang dan Ketam stick
  • Daun Salad
Cara Penyediaan
  1. Udang dan ketam stick dicelur.
  2. Daun Salad  dikopek dan rendam dalam air garam.
  3. Ambil sehelai rice paper dicelup daalm air biasa (sekejap sahaja)
  4. Kemudian bentang dan aturkan semua bahan-bahan tersebut di atas rice paper dan gulung kemas-kemas.
  5. Siap dan bolehlah dimakan dengan sos thai.
Resepi Asal


Resepi Kuih Talam Tokyo



Resepi Kuih talam Tokyo.

Ramuan Bahagian Bawah

1 cawan sagu rendam sekejap
1 paket kecil suun (pun rendam jugak dan gunting sikit)
1 cawan kelapa putih
1 kotak kecil santan kara
1/2 cawan air
1/2 sudu besar garam (bawah ni kena masin sikit)

Gaul semua

Ramuan Bahagian Atas

20 ke 25 helai daun pandan di blender dengan 2 1/2 cawan santan dan perah atau tapis
(Boleh juga guna 2 kotak kecil santan kara tambah air 1 cawan)

4 biji telur
1 cawan gula
6 sudu besar tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 sudu tepung kastard

Blend lagi skali

Kukus ramuan bahgaian bawah dahulu dalam 10 ke 15 minit...kemuadian baru kukus  yang atas...berapa lama tu ikut jenis kukus masing. Kalau buat tebal kena lama sikit

Kuih kukus ni kena tuggu sejuk betul-betul baru keluarkan dari loyang...kalau tak nanti dia pecah..loyang tu lumur minyak...supaya senang nak keluarkan nanti..

Resepi Asal dari Siti Fatimah

Thursday, February 2, 2017

Resepi Cucur Udang



Resepi Cucur udang (10 biji saiz besar)

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 1/3 cawan air suam
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil gula
  • Segenggam udang geragau
  • Sedikit garam/secukup rasa
  • 1/2 sudu kecil Baking powder
  • 1 biji telur
  • Pewarna kuning/kunyit serbuk
  • Bawang hiris
  • Daun kucai
  • Tauge
  • 10-12 ekor Udang... dibersihkan dan dikeringkan dgn tisu
# pastikan senduk sentiasa dalam minyak panas

Cara Penyediaan
  1. Campur semua bahan di atas kecuali sayur-sayur.
  2. Perap setengah jam/sejam
  3. Tambah Sayur dan kacau hingga sebati
  4. Panaskan minyak dan masukkan senduk dalam minyak panas
  5. Angkat senduk dan masukkan adunan dan letak udang serta masukkan semula dalam minyak panas...
  6. Biarkan sekejap n goyang2 senduk n cucur akan terkeluar sendiri senduk
  7. Goreng sehingga warna keperangan/coklat
  8. Boleh dicicah dengan sos Thai
sumber Resepi Cucur Udang

Resepi Siput Sedut Pucuk Paku


Resepi Siput Sedut Pucuk Paku
  • Bahan-Bahan
  • Cili Padi
  • Santan Pekat
  • Kunyit Hidup
  • Garam
  • Gula
  • Asam keping
  • Pucuk paku seikat
Cara Penyediaan.
  • Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup.
  • Didihkan air dan masukkan siput sedut beserta cili padi yang telah ditumbuk.
  • Tunggu sehingga menggelegak kemudian masukkan santan.
  • Kemudian masukkan asam keping,pucuk paku dan garam secukup rasa.
  • Siap untuk dihidangkan. 
resepi asal