Wednesday, March 30, 2016

Resepi Nasi Ayam

 
Bahan-Bahan & Penyedian Ayam

  • Rebus seekor ayam potong 4 bahagian lagi senang ( rebus dalam 15 minit kemudian angkat)
  • Masukkan sedikit MSG
  • (air rebusan ayam simpan sedikit untuk nasi & teruskan untuk buat sup)
  • Lepas kering baru lumurkan kicap dan sos tiram
  • Goreng
Bahan-Bahan & Penyediaan Nasi
  • Beras 3 cawan (cuci  dan toskan)
  • Air rebusan ayam 4 cawan
  • Halia,bawang putih &serai tumis dengan butter biar kekuningan
  • Sedikit chicken stok & garam
  • Masak (Masukkan dalam rice cooker )
Bahan-Bahan & Penyediaan SUP
  • Air rebusan ayam tadi masukkan bahan dibawah
  • Sup bunjut
  • Halia
  • Bawang Putih
  • Daun Sup
  • Sedikit garam & gula
Bahan-Bahan & Penyediaan Kicap
  • Balance kicap yang perap ayam tadi jangan buang ye boleh guna untuk kicap nasi ayam kita
  • Kicap lemak manis
  • Masak dengan 3 sudu air( dalam 3 minit)
  • Sedikit garam
Bahan-Bahan & Penyediaan Air Lada (SOS)
  • Lada merah 4tgkai
  • Bawang Putih 2 ulas
  • 3 sudu cuka
  • 3 sudu gula
  • Sedikit garam
  • Blend semua bahan ini. 
  • Kemudian masak dalam 5 mnit, tabur sedikit daun ketumbar
Selamat Mencuba.

Kredit Resepi: Kiriman asal dari Tengku Zaharah‎  dari Group  Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

No comments:
Write comments