Wednesday, March 30, 2016

Nasi Goreng Bunga Kantan


Nasi Goreng Bunga Kantan

Bahan-Bahan

  • 3 Mangkuk nasi sejuk*.
  • Setengah Biji bawang besar.
  • 2 ulas bawah putih
  • 4 atau 5 ulas cili api.
  • 1 tangkai bunga kantan dihiris halus.
  • 2 sudu besar kicap manis.
  • 3 sudu besar cili kisar.
  • kacang panjang.
  • 1 biji telur ayam
  • Sedikit garam dan serbuk perasa 
Sebelum mula masak:
  • Tumbuk 3 bahan ini dahulu: setengah bawang besar, bawang putih & cili api (lepas siap letak dalam mangkuk) .
  • Goreng hancur 1 biji telur  (lepas siap letak dalam pinggan) . .
  • Apabila siap 2 langkah ni, teruskan kepada cara memasak pula.

Cara-Cara Penyediaan Nasi Goreng Bunga Kantan
  • Panaskan minyak masak dalam kuali, (anggaran 3 sudu besar minyak masak).
  • Tumis bahan tumbuk tadi hingga wangi. 
  • Masukkan cili kisar, tumis hingga garing.
  • Masukkan telur ayam goreng hancur tadi.
  • Masukkan kicap manis.
  • Kemudian masukkan sayur kacang panjang.
  • Masukkan bunga kantan yang dihiris halus diikuti garam dan perasa.
  • Gaul hingga sebati dalam 2, 3 minit.
  • Akhir sekali masukkan nasi sejuk. Gaul sehingga semua bahan bercampur dalam 5 minit.
  • Tutup api dan sedia untuk dinikmati.
*  Nasi Sejuk: Nasi yang lama dah masak, atau boleh juga guna nasi yang tak habis makan yang diletak dalam peti ais semalaman.)

Kredit Resepi. Kiriman Asal daripada Reen dari Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

No comments:
Write comments