Resepi LUK MEI
Anda nak cantik? Jom amalkan minum air ini. Air ni dinamakan LUK MEI. Ia merupakan makanan tradisi Korea,Cina & Jepun.
Resepi LUK ME ini dikongsikan oleh Puan Ummu Uwais. Resepi ini dapat dari auntie Chinese dekat pasar..
Bahan-Bahan
- Cendawan Tremella
- Barli (optional)
- Jujube (Kurma Merah)
- Longan Kering
- Gula batu
- Daun Pandan.
Cara Masak & Penyedian LUK MEI:
- Rendam barli 30 minit dan cendawan sampai lembut dan kembang.Buang tampuk berwarna kuning dibawahnya.
- Rebus barli terlebih dahulu sampai empuk baru masukkan cendawan.Rebus lagi selama 45 minit dengan api sederhana.
- Kemudian masukkan longan kering, kurma merah dan daun pandan serta gula batu..Rebus lagi lebih kurang 5 minit.
- Jangan lama-lama, nanti kurma merah tu jadi tawar dan tak sedap.
Khasiat Meminum LUK MEI
- Meningkatkan kelembapan kulit
- Anti penuaan
- Mengurangkan kedut
- Bagus utk paru- paru serta sistem penghadaman
- - Mengelakkan dr sakit sendi
- Antioksida
- Antifungal
- Anti bakteria
- Anti stress
- Efektif menangani jaundis pada bayi
- Cepat pulihkan luka
- Merendahkan kadar kolestrol
- Sihatkan usus
- Membantu menangani masalah kencing kotor
- Menyejukkan badan
Banyak lagi khasiatnya Yang tak tertaip.
Amalkan minum setiap hari untuk kulit yang cantik serta awet muda.
Dikatakan amalan meminum rebusan Tremella ini berasal dr gundik Maharaja Cina.Beliau dikatakan sangat awet muda! Beliau kelihatan seperti wanita 40 tahun pada usia 80 tahun.
Kalau nak cantik sila minum hari- hari. InsyaAllah.
Jika rasa ia bermanfaat,silalah SHARE
Cc to :Khairunissa Rahin
#FounderNadeera
Sumber Resepi Kiriman Eija Ija dari Group Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Kredit Resepi Asal dari Puan Ummu Uwais
Sedikit info macam mana nak dapatkan bahan-bahan diatas. (Kredit info kepada Puan Ummu Uwais diatas perkongsiannya.)
- Cendawan Tremella (kering) - Boleh didapati dipasaraya atau dikedai ubat Cina.
- Buah kurma merah & longan longan boleh cari di kedai senseh (kedai ubat cina)
- Kalau nak senang, cari Semua bahan-bahan di kedai senseh (kedai ubat cina)