Friday, February 16, 2018

Resepi Potato Smile (Kentang Senyum)


Resepi Potato Smile (Kentang Senyum)

Bahan²

* 4 biji kentang
* 4 sudu besar tepung gandum
* 4 sudu besar tepung jagung
* 4 sudu besar serbuk roti
* 1 kiub pati ayam
* garam

Cara Penyediaan
  • Rebus kentang bersama kiub pati ayam hingga empuk
  • Kemudian lenyek kentang hingga sebati
  • Campurkan tepung gandum,tepung jagung & serbuk roti
  • Perasakan dengan garam
  • Uli hingga menjadi doh
  • Jika adunan lembik,tambah sedikit tepung jagung
  • Canai adunan(jangan terlalu tebal) & tekap menjadi bentuk bulat
  • Lubangkan mata guna straw & buatkan mulut guna hujung sudu
  • Goreng dalam minyak yang sederhana panas
Resepi ini disediakan oleh Ariana Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Resepi Kentang Senyum Goreng



Resepi Kentang Senyum Goreng

  • 3 biji kentang yang besar-besar ( rebus tambah 1sk gram.. Dah lmbut toskan sekejap dan dilecek halus )
  • Dah lecek kentang masukkan :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan serbuk roti
  • 1 sudu besar planta
  • Serbuk lada sulah & dan garam secukupnya ..
Gaul semua bahan .. Bentukkan dan Goreng dengan api sederhana .

Resepi disediakan oleh Azrina Ien‎Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Bagi yang tidak tahu macam mana serbuk roti, Ini adalah gambar contoh. Serbuk roti boleh didapati di kedai-kedai.

Resepi Tart Nanas Gulung



Bahan A

  • 250g butter ( nak sedap gunalah butter mahal)
  • 1 sdb gula kastor ( kisar gula biasa pun boleh... jimat)
  • 1 bj kuning telur gred B
  • 1 sdt esen vanilla (x mo letak pun boleh)
  • 1 sdt minyak sapi
  • Sedikit pewarna kuning

Bahan B

2 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 sdb tepung jagung
2 1/2 sdb tepung kastard
1 sdb susu tepung

Hiasan
Kuning telur dengan sedikit pewarna kuning

Caranya
  • Pukul bahan A hingga sebati..2 minit
  • Masukkan bahan B... uli sebati..
  • Masukkan dalam acuan dan terap..masukkan jem dan sapu permukaan biskut dengan kuning telur..
  • Bakar selama 25-30 minit hingga masak suhu 180* api atas dan bawah..

Sumber resepi : Mariana Zainal (MAHN)

Resepi Kuih Koci

Kuih Koci Sebelum Kukus

Kuih Koci Selepas Kukus

Bahan untuk buat doh Kuih Koci
  • - tepung beras pulut 1 plastik
  • - tepung gndum satu senduk
  • - garam sikit
  • - perwarna yg disukai
  • - air secukupnya
Gaul sebati.

Inti
- rebus kacang hijau, bila kacang dah masak, masukkan gula dan garam secukup rasa. Bila air dah kering, boleh tutup api.

Sejukkan. Bulat-bulatkan kacang dan balut dengan doh tadi. (letakkan diatas daun pisang seperti gambar diatas) .Sblum bunggkus tu tempekkan  minyak sikit.untuk elok melekat

Kemudian Kukus

Resepi Kuih Koci ini disedikan oleh Syafiqah Nadhirah Ab LLah dari MAHN

Cara Buat Tteok-bokki



 Cara Buat Tteok-bokki

Teobokki lagi dan lagi.

Bahan-Bahan

  • Tepung pulut + air garam.
  • Gaulkan jangan terlalu lembek. Kemudian rebus dalam air mendidih sampai masak.
Kuah:
  • Bawang putih cincang.
  • Minyak masak
  • Serbuk lada
  • Sos cili
  • Garam
  • Gula

Tumiskan bawang putih kemudian masukkan serbuk lada, sos cili, dan air rebusan tepung pulut tadi. Masukkan garam dan gula. Siap.

Resepi  Tteok-bokki ini disediakan oleh Siti Nornadrah Shiekh Nordin‎ dari Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

Kek Pandan Lapis Kukus

 




Pandan layer Kek kukus Mr.Melting ( Kek Pandan Lapis Kukus)

Kek Guna Blender.

Resepi Kek
  • - 2 Cawan Tepung Naek Sendiri
  • - 6 Biji Telur *
  • - 1 Cawan Gula *
  • - 1/2 Cawan Susu Cair/ Susu Fresh *
  • - 1/2 Cawan Minyak Jagung *
  • - 1 sudu kecil Pandan Emulko *
  • - 1 sudu kecil pewarna hijau *
  • - 1 Sudu Kecik Esen Vanila *

Cara-Cara

1- Blender semua bahan bertanda *.

Masukkan dalam 1 bekas

2- Ayak tepung ke dalam adunan yang diblender tadi dan kacau rata.

Masuk adunan Kedalam loyang Size 8 Kukus sehingga masak * cucuk garfu kalau tak melekat dah masak

Resepi Kastard
  • - 1000 ml Air + 200Gram Santan ( Sekotak kecik Santan Kara + Air)
  • - 100 gram Tepung Haw Kwee (Warna Hijau)
  • - 13 gram Serbuk agar2
  • -120ml air pandan (4 Helai Daun Pandan + 120ml air Blend Tapis)
  • - 200 gram Gula
  • - Pandan emulco 1 sudu kecik
  • - Pewarna hijau 1 sudu kecik
  • - Secubit garam

Cara-Cara

-Campurkan semua bahan dan kacau atas api kecik hingga likat.

Untuk Membuat Lapisan Kek Pandan

Gunakan Loyang yg lebih besar dri kek atau potong sedikit tepi2 kek tu. Tuang 1/3 adunan kastard ke dalam loyang dan ratakan. Kemudian letakkan 1 lapis kek di atas kastard tadi dan ditekan tekan sedikit.

Tuang lagi 1/3 kastard di atas kek. Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bahagian yang kosong di sekeliling loyang. Lapiskan lagi dengan kek dan kemudian kastard dan di akhiri dengan kek. Isi ruang ruang tepi kek dengan lebihan kastard.

masukkan dalam peti lebih kurang 1 jam. Keluarkan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering, jika suka.

Selamat Mencuba :)

Resepi ini disediakan oleh Muhammad Kairul dari Masaka Apa Hari Ni