Saturday, October 14, 2017

Bihun sup utara cabai merah.

*Rendam 1 paket bihun dengan serbuk kunyit *Dah bertukar warna rebus sampai lembut kemudian tapis. *Resepi kuah *Bawang besar 2 biji,halia 2 inci,bawang putih 5 biji,1 genggam lada hitam.(Belender semua bahan-bahan ni) *Panaskan minyak tumis bahan-bahan tadi sehingga naik bau.Kemudian masukkan air (agak-agak sahaja)kacau sampai sebati kemudian masukkan rempah sup adabi agak-agak sahaja. *Dah sebati masukkan 1kg daging,saya campur tulang,daging dan perut.Masak sehingga daging tadi lembut.Kemudian masukkan garam,gula dan chicken stock 2 cube sahaja.Dah cukup rasa,boleh mskkan kayu manis 1batang,bunga lawang dan buah pelaga.Rasa semua dah cukup rasa blh tutup api. *Resepi cabai merah *Setengah paket cili boh,tumis sahaja cili boh tu.Dah naik bau masukkan gula merah dan garam. *Belender 1 biji besar bawang merah masukkan dalam cabai tadi tumis sehingga masak.Dah masak masukkan 3 sudu besar sos cili kacau sehingga sebati tutup api. *Bahan hiasan *Daun sup,bawang goreng dan lobak masin. sumber